Forum Kebebasan Asia 2014

Amin ALF2014Pada 7 hingga 9 Januari 2014, Pengarah Pengasas LEAD telah berpeluang menghadiri Forum Kebebasan Asia 2014 yang diadakan di Delhi, India. Seramai lebih 200 peserta daripada hampir 40 buah negara mengikuti program ini. Turut sama dari Malaysia menyertai program ini ialah 3 peserta dari IDEAS dan seorang mahasiswa dari Kelas Pencerahan.

Hari pertama diisi dengan ucapan aluan oleh Baishali Bomjan selaku Pengarah Asia Center for Enterprise dan ucapan Dr. Tom Palmer selaku Naib Presiden Atlas Foundation berkaitan gerak kerja mereka di Asia. Ucapan pembukaan yang bertajuk ‘Mengapa Kebebasan?’ disampaikan oleh Gurcharan Das, penulis prolifik India. Pada usia 70 tahun,  komitmen beliau dalam dunia pemikiran dan penulisan melalui karya-karyanya sama ada dalam bentuk buku atau artikel wajar dicemburui.

Keesokannya, selepas sesi suai kenal pantas usai sarapan, peserta mula dihidangkan dengan pembentangan menarik sebagai Ucaptama Program dari Razeen Sally, Pengarah Pusat Antarabangsa Politik Ekonomi Eropah (ECIPE) yang juga merupakan Profesor Madya di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yes, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Tajuk pembentangan beliau adalah berdasarkan kertas kerja beliau yang pernah diterbitkan oleh Jurnal Cato pada Jun tahun lalu.

Sesi kedua dibuat selepas makan tengah hari di mana Dr. Tom Palmer mempengerusikan forum berkisar tentang pengalaman dan sebab mengapa perjuangan untuk kebebasan masih mempunyai harapan besar dengan lima orang pembentang iaitu Medeni Sungur dari 3H Movement, Turki; Ali Salman dari PRIME, Pakistan; Casey Lartigue Jr dari Freedom Factory, Korea Selatan; Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS, Malaysia dan Nozim Ishankulov dari Tajikistan Free Market Center, Tajikistan.

Sesi seterusnya dipecahkan kepada tiga kumpulan – Dari Bantuan kepada Keusahawanan, Bahasa Kebebasan dan Reaksi Asia kepada Krisis Kewangan. Sesi lewat petang tidak kurang menarik, pembentangan oleh Dr. John Tomasi berkaitan karyanya ‘Free Market Fairness’ dan pada malamnya anugerah Azadi kepada pemberita yang berjaya mengangkat isu-isu kebebasan dalam media mereka.

Pada hari terakhir program, peserta bermula dengan forum mengenai model inovatif badan-badan pemikir yang disampaikan oleh Sonam Tashi dari Q.E.D. Bhutan; Parth J. Shah dari Centre for Civil Society (CCS), India; Peter Wong dari Lion Rock Institute, Hong Kong (China) dan Kris Mauren dari Acton Institute, Amerika Syarikat. Forum dipengerusikan oleh Rainer Heufers dari Siap Solutions, Singapura. Sebelum makan tengah hari, sesi dipecahkan kepada tiga kumpulan – Pergerakan Belia dan Kebebasan; Kebebasan, Harta dan Keadilan dan Mendokong Perjuangan Kebebasan: Apakah Yang Penderma Mahu Lihat?

Pada sebelah petang, peserta mendengar forum mengenai penglibatan wanita dalam perjuangan kebebasan. Forum yang dipengerusikan oleh Baishali (ACE) ini membariskan Arpitha Nepal dari Yayasan Samriddhi, Nepal; Cindy Cerquitella, Atlas; Li Schoolland, TFT Events, China dan Tricia Yeoh dari IDEAS, Malaysia. Kemudian, Andrew Humphries dari Universiti Francisco Marroquin, Guatermala berkongsi mengenai penggunaan teknologi dalam aktivisme.

Sesi terakhir sebelum program berakhir, peserta berpeluang mendengar sendiri daripada Chanyang Ju, bekas rakyat Korea Utara yang mengisahkan kehidupan di negara itu dan bagaimana beliau berjaya melarikan diri sebelum ditangkap semula sebelum melarikan diri sekali lagi dan kini berusaha menyampaikan mesej kebebasan kepada rakyat di negara itu. Pengalaman tragik yang dihadapi oleh beliau dan rakyat Korea Utara adalah petunjuk bahawa kezaliman sesama manusia masih wujud dengan jelas dan perjuangan untuk kebebasan tidak mudah.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s