Menangani Defisit dan Hutang Negara

Cadangan Dasar 3 - Menangani Defisit FiskalSejak tahun 1970 hingga 2013, Malaysia telah mengalami defisit belanjawan sebanyak 41 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak tahun 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara telah meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada tahun 2013.

Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2013/2014, hutang domestik negara berada pada kadar RM502.85 billion sementara hutang luar negeri berada pada kadar RM284.68 billion (termasuk hutang swasta).

Sejak tahun 2000, khidmat hutang yang perlu dijelaskan Malaysia berada pada kadar antara 8.0% hingga 16.0% setahun.

Berdasarkan rekod perbendaharaan, peratus perbelanjaan mengurus telah  meningkat dari tahun ke tahun dan kini mencecah pada kadar 83.10% perbelanjaan negara. Oleh demikian, peratus perbelanjaan membangun menyusut dari tahun ke tahun dan kini berada pada kadar 16.90%.

Beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah defisit dan hutang semasa, antaranya:

  1. Meningkatkan pertumbuhan
  2. Tidak berbelanja melebihi pendapatan.
  3. Mengurangkan jumlah kementerian dan kakitangan awam
  4. Membasmi ketirisan dan penyelewengan
  5. Pengurangan atau penghapusan subsidi
  6. Memperkenalkan kadar cukai rata pendapatan (flat rate tax) yang munasabah untuk semua. Cukai keuntungan atas modal (capital gains tax) perlu diperkenalkan untuk industri monopoli milik kerajaan.

Muat turun Cadangan Dasar 3 – Menangani Defisit Fiskal

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s