Bengkel Latihan Perubahan Iklim dan Pengurusan Sumber

posterSeramai 35 orang peserta, majoritinya pelajar Bacelor Sains Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah terlibat dalam bengkel pengenalan Perubahan Iklim dan Pengurusan Sumber yang diadakan di Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), UPM. Program dikendalikan sepenuhnya oleh saudara Noor Amin bin Ahmad, Pengarah Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) sambil dibantu oleh saudara Mohd Khairul Afiq bin Abdullah.

Program diisi dengan empat modul utama iaitu 1) Sains Alam Sekitar, 2) Politik Alam Sekitar, 3) Ekonomi Alam Sekitar dan 4) Dasar Perubahan Iklim Nasional. Selain mendengar penerangan, peserta juga terlibat dalam menyumbangkan input melalui perbincangan kumpulan.

Aktiviti selain kuliah ialah permainan bertemakan alam sekitar, tayangan dokumentari pembentangan Al-Gore mengenai isu perubahan iklim, simulasi persidangan alam sekitar antarabangsa mengenai perubahan iklim dan riadah petang – kembara hutan dan mandi sungai.

Peserta turut dibekalkan dengan sejumlah nota mengenai sejarah isu perubahan iklim, transkrip dokumentari An Inconvenient Truth yang dibentangkan oleh Al-Gore, hujah balas oleh Lord Christopher Monckton terhadap Al-Gore, sinopsis kandungan Penilaian Stern, artikel jurnal Ekonomi Perubahan Iklim tulisan Nicholas Stern dan Buku Dasar Perubahan Iklim Nasional.

Di akhir program, semua peserta diberikan sijil yang turut ditandatangani oleh Profesor Madya Dr. Azlizam bin Aziz, Ketua Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s