American Council for Young Political Leaders (ACYPL) 2014

Amin di AmerikaPengarah Pengasas LEAD telah dipilih untuk mengikuti Program ACYPL bagi sesi Ogos 2014 bersama 8 orang peserta lain (keseluruhannya masing-masing tiga dari Malaysia, Indonesia dan Filipina).

Sepanjang dua minggu di Amerika Syarikat, semua peserta telah dipertemukan dengan pelbagai pihak, antaranya Jabatan Negara Amerika Syarikat, ahli-ahli Kongres, pimpinan politik Demokrat dan Republikan di peringkat pusat dan negeri-negeri, pemimpin-pemimpin korporat, hakim-hakim kanan, badan-badan bukan kerajaan termasuk yayasan dan badan-badan pelobi dasar, di samping lawatan ke beberapa tempat menarik sekitar Washington D.C., Alabama dan Minnesota seperti White House, Capitol Hill, Monumen-Monumen Bersejarah, Pusat Sains Angkasa, Muzium dan beberapa tempat bersejarah seperti Rosa Park dan Sungai Minneapolis-St Paul serta menonton perlawanan bola lisut di stadium berhampiran.

Kemuncak acara ialah Legislative Summit 2014 yang diadakan di Minnesota di mana delegasi berpeluang hadir.

ACYPL merupakan sebuah program pertukaran yang dibentuk khusus selepas Perang Vietnam. Ia bukan sahaja projek kerjasama pelbagai pihak di Amerika, merentasi segala perbezaan yang ada, tetapi juga merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan persefahaman dalam hubungan antara negara.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s