Bengkel Latihan Perubahan Iklim dan Pengurusan Sumber 2

Program Unisel Seramai 23 orang peserta, majoritinya pelajar Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Selangor (UNISEL) telah terlibat dalam bengkel pengenalan Perubahan Iklim dan Pengurusan Sumber yang diadakan di kampus itu dan Taman Botani Negara.

Program dikendalikan sepenuhnya oleh saudara Noor Amin bin Ahmad, Pengarah Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) sambil dibantu oleh saudara Mohd Khairul Afiq bin Abdullah dan Cik Azira Shaharuddin, pensyarah di Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi, UNISEL.

Program diisi dengan empat modul utama iaitu 1) Sains Alam Sekitar, 2) Politik Alam Sekitar, 3) Ekonomi Alam Sekitar dan 4) Dasar Perubahan Iklim Nasional. Selain mendengar penerangan, peserta juga terlibat dalam menyumbangkan input melalui perbincangan kumpulan.

Aktiviti selain kuliah ialah permainan bertemakan alam sekitar, tayangan dokumentari pembentangan Al-Gore mengenai isu perubahan iklim, simulasi persidangan alam sekitar antarabangsa mengenai perubahan iklim dan lawatan ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim di Taman Botani Negara.

Peserta turut dibekalkan dengan sejumlah nota mengenai sejarah isu perubahan iklim, transkrip dokumentari An Inconvenient Truth yang dibentangkan oleh Al-Gore, hujah balas oleh Lord Christopher Monckton terhadap Al-Gore, sinopsis kandungan Penilaian Stern, artikel jurnal Ekonomi Perubahan Iklim tulisan Nicholas Stern dan Buku Dasar Perubahan Iklim Nasional.

Di akhir program, semua peserta diberikan sijil penyertaan.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s