Demokrasi, Pakatan Rakyat dan Masa Depan PAS

Oleh Amin Ahmad

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 beberapaharilalu. Ia sekali lagi telah mencetuskan debat terbuka di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR.

Ini tentulah mengukuhkan lagi persepsi umum Pakatan Rakyat ialah kerjasama politik yang lemah – tidur sebantal mimpi berbeza.

Pengukuhan demokrasi

Bagaimanapun, saya tidak melihatnya begitu. Keberanian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berbeza pendapat sebenarnya menunjukkan budaya baru yang penting dipupuk dalam politik Malaysia. Sejauh mana ia berjaya kita tidak tahu.
Saya masih ingat pada satu ketika semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi perdana menteri, dua orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pernah dikenakan tindakan gantung daripada hadir ke Dewan Rakyat kerana menolak satu usul yang dibawakan oleh pemimpin badan eksekutif.

Tindakan Dr Mahathir ini menunjukkan betapa badan eksekutif sangat berleluasa dan jelas membelakangi prinsip pemisahan kuasa antara badan tersebut dengan badan legislative dan badan yudikatif (kehakiman).

Sikap demikian, meskipun dianggap kelaziman dalam demokrasi berparlimen menyusutkan peranan wakil rakyat kepada wakil parti.

Maka tidak hairanlah pada hari ini kita melihat seorang anggota badan legislative diremehkan oleh badan eksekutif apabila peruntukan untuk beliau memberi perkhidmatan disekat atau disalurkan melalui pihak lain.

Demokrasi kita nampakny membelakangi aspirasi rakya ttempatan yang memilih wakil mereka dalam proses pilihanraya dari semasa ke semasa.

Maka tidak hairanlah jika orang ramai meragui persoalan pemisahan kuasa yang sepatutnya diamalkan di negaraini. Ia dikukuhkan lagi dengan fakta-fakta berkaitan isu kebebasan kehakiman.

Ini akan terus menjadi aspek menarik untuk dibincangkan dalam politik demokrasi. Kita akur wakil-wakil rakyat sebenarnya datang daripada parti politik.

Jarang seseorang calon individu diangkat pengundi di sesuatu kawasan kerana kewibawaannya. Tan Sri Shahrir Samad mungkin pernah berada di kedudukan tersebut pada satu ketika dulu.

Enakmen kanun jenayah Syariah Kelantan

Dengan asas ini juga, kita harus berani mengatakan PAS berhak mengemukakan apa juga aspirasi politik mereka dan mengusahakannya melalui jalan demokrasi. Oleh kerana itu, perkembangan semasa menjadi sangat menarik.

Umum maklum PAS telah lama menyatakan hasrat membentuk negara Islam yang ditandai oleh pelaksanaan hokum hudud. Makaasas demokrasi di sini – legitimasi pemerintahan dari rakyat (baca: pengundi) – mestilah diakui wujud. PAS diberimandat di Kelantan tetapi tidak di peringkat persekutuan.

Oleh kerana itu, kekangan utama bagi kerajaan negeri Kelantan ialah pemisahan bidang kuasaan tara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

PAS tidak mempunyai majority duapertiga di Dewan Rakyat untuk mengubah Perlembagaan tetapi boleh cuba meyakinkan pihak-pihak berkenaan untuk membolehkannya berlaku.

PAS mesti menghormati pilihan yang bakal dibuat kerana asas terlantiknya mereka sebagai wakil rakyat jelas bukan kerana kempen melaksanakan hudud, tetapi pelbagai aspirasi lain.

Adalah tidak wajar untuk sesiapa yang menyokong aspirasi PAS melakukan toh mahans eperti “membelakangi Islam”, “tidak beriman” dan “penting kanundi” kepada mereka yang membuat pilihan berbeza daripadanya.

Keluasan medan juang

Sesungguhnya, terdapat sejumlah para sarjana Islam kontemporari yang tinggi wibawanya turut mengambil sikap berhati-hati dan sedia mengambil pilihan menangguh pelaksanaannya untuk mengelakkan fitnah terhadap Islam.

Sesungguhnya hudud adalah sebahagian daripada keluasan system kenegaraan dan syariah itus endiri, dan ini pernah diakui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS sendiri tatkala beliau menyatakan hudud hanyalah 0.01% daripada syariah satu ketikadulu.

Hudud sebagai mesej Islam mesti didakwahkan secara terbuka, dengan menggalakkan orang ramai bertanyadan membincangkannya, bukan menyekat pandangan umum, terutama yang berbeza kerana dengan adanya pandangan demikianlah keraguan-keraguan yang timbul boleh dijelaskan secara saksama.

Dakwah Nabi digerakkan dengan membina rasa percaya di kalangan umum terhadap keperibadiannya, seterusnya Piagam Madinah yang sering dinisbahkan sebagai asas Negara Islam dibentuk hasil rundingan bersama pemimpin-pemimpinkabilah, termasuk yang bukan Islam.

PAS mesti membina rasa percaya ini dan meneruskan usaha berunding dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan aspirasinya. Mungkinkah selama ini lebih ramai memilih BN berbanding PAS kerana mereka mungkin bersetuju dengan 0.01% aspirasi PAS tetapi belum cukupya dengan 99.99% aspirasi PAS?

Mungkin juga kerana itu PAS melihat BN (atau lebih tepat Umno) yang lebih dipercayai (jika tidak 99.99% pun sekurang-kurangnya di lebih banyak kerusi majority umat Islam) boleh menjayakan aspirasinya.

Cuma saya tertanya,apakah kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat, mantan Mursyidul Am PAS “sekiranya Umno melaksanakan hudud maka PAS boleh dibubar” akan berlaku?

Pertama kali disiarkan di The Malaysian Insider pada 23 Mac 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s