Persoalan Perkahwinan Sejenis

Oleh Amin Ahmad

Debat perkahwinan sejenis melonjak dengan keputusan Mahkamah Agung New York yang memutuskan ia sebagai sah di sisi undang-undang.

Sebahagian pejuang hak asasi melihat ia sebagai satu kemenangan selepas kelompok yang percaya atau mengamalkan hubungan sejenis merasakan mereka sering ditindas secara undang-undang atau sosial.

Dalam maksud lain, keputusan Mahkamah Agung tersebut mengesahkan hubungan sejenis sebagai satu hak di sisi undang-undang, yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Ini misalnya boleh dilihat dalam ucapan David Peterson, Gabenor New York: “Sesiapa yang pernah mengalami sikap tidak toleran atau peremehan maruah akan memahami tugas berat dan betapa penting sebenarnya perkara ini. Sesiapa yang pernah mengalami sikap perkauman dan anti-Semitik, mana-mana penghijrah ke New York, yang pernah mengalami diskriminasi, mana-mana wanita yang diganggu di tempat kerja dan menderita akibat keganasan dirumah, mana-maan orang kurang upaya yang diperolok dan dipinggirkan, akan memahami apa yang kami katakan ini.

Kami semua tahu tentang kemarahan akibat diskriminasi. Kami telah merasa perit dan penghinaan daripada kemerahan ini. Inilah sebab mengapa kami berdiri di sini pada hari ini. Kami berdiri untuk memberitahu kepada dunia bahawa kami mahukan hak persamaan untuk semua. Kami berdiri untuk memberitahu dunia bahawa kami mahukan persamaan perkahwinan di New York. Hak tidak boleh dikekang oleh ketakutan. Diam bukanlah jawapan untuk ketidakadilan.

Jelas, mereka berjaya. Mereka tegar berjuang mencapai tahap tersebut kerana adanya penindasan berterusan. Bukan hujah-hujah yang meyakinkan.

Kertas litmus liberal

Sesetengah mengambil pendirian bahawa sikap terhadap isu hubungan atau perkahwinan sejenis adalah penentu betapa liberalnya seseorang. Ia tidak semestinya begitu.

Antara hujah-hujah yang menyokong perkahwinan sejenis ialah:

  1. Perkahwinan ialah institusi sosial, kerajaan atau mana-mana pihak tidak wajar masuk campur berlebihan dalam menentukan pilihan pasangan. Definisi perkahwinan ialah penyatuan dua orang dewasa yang tidak mempunyai hubungan biologi.
  2. Perkahwinan tidak semestinya mengenai pembiakan kerana ramai pasangan lelaki-perempuan tidak mempunyai anak. Malah ramai yang membuang anak. Anak angkat boleh diambil dan dijaga.
  3. Perkahwinan sejenis mungkin baru, tetapi ia bukan alasan untuk menolaknya kerana satu ketika dulu juga wanita dan lelaki pernah dijadikan hamba tanpa hak.
  4. Perkahwinan lelaki-perempuan mungkin suci namun banyak kes perkahwinan yang gagal.

Ini tentulah hujah-hujah yang besar, mempunyai asas dan perlu disantuni dalam wacana penolakan terhadap perkahwinan sejenis.

Saya berpandangan kerajaan tidak wajar mencampuri urusan perkahwinan – baik berlainan jenis atau sama jenis. Mencampuri di sini ialah menentukan pilihan pasangan.

Dalam dunia hari ini, perkahwinan adalah institusi sosial yang ditentukan oleh agama atau adat resam budaya masyarakat. Justeru, sama ada sah atau tidak perkahwinan itu biarlah ditentukan oleh agama, bukan politik.

Ini sekaligus menegaskan bahawa seseorang tidak wajar mendakwa perkahwinan sejenis itu adalah sebahagian daripada keyakinan agamanya tanpa bukti.

Saya tidak pasti sekiranya ada agama-agama tertentu yang mengizinkan perkahwinan sejenis.

Persoalan perkahwinan yang tidak berjaya atau kegagalan pasangan mempunyai anak bukanlah soal utama. Soal utama yang penting untuk dilihat di sini ialah akses kepada undang-undang, sekiranya perkahwinan itu gagal atau tidak mahukan anak yang dikandungi atau dilahirkan. Justeru itu, perkahwinan sebagai fungsi pembiakan sah tidak boleh diremehkan.

Suka atau tidak, perkahwinan sejenis bukan cara pembiakan yang sepatutnya. Mereka yang berkahwin sejenis hanya boleh mengambil anak angkat yang jelas bukan dari sumber biologi mereka.

Pembiakan di luar perkahwinan jelas menzalimi pasangan dan anak-anak kerana akses kepada undang-undang yang tidak jelas.

Selain itu, hubungan seksual, baik sejenis atau berlainan jenis, adalah perkara yang tidak wajar ditunjukkan di tempat terbuka.

Terlepas apa pun pendirian kita, sikap zalim dan tidak adil kepada mana-mana pihak, meskipun mereka mengamalkan hubungan dan perkahwinan sejenis, sebenarnya wajar ditolak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s