TPPA 3

Oleh Amin Ahmad

Ini mungkin tulisan terakhir saya mengenai TPPA sebelum dokumen kesimpulan yang dicapai baru-baru ini boleh diakses orang ramai.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, kandungannya juga akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum keputusan dibuat untuk menandatanganinya atau tidak.

Tempoh saringan

Penentang tegar TPPA, Paul Krugman, dalam tulisan di blognya dalam surat khabar New York Times  menyatakan penangguhan sikap berdasarkan maklumat terkini diterimanya mengenai kandungan kesimpulan yang dicapai.

Menurut beliau, tempoh hak paten dan hak cipta ubat-ubatan lebih pendek daripada apa yang dimahukan. Selain itu, perlindungan terhadap buruh lebih kuat daripada dijangka.

Jika ia benar, maka ternyata gembar-gembur seolah-olah kandungan perjanjian ini hanya ditentukan Amerika Syarikat tidak tepat, bersifat sentimen dengan pandangan sendeng terhadap negara itu.

Sudah tentu ini masih bergantung kepada kandungan sebenar dokumen yang boleh diakses nanti.

Bukan perkara baru

Perdagangan terbuka tidak ada kena mengena dengan imperialisme. Manusia berdagang sejak ribuan tahun yang lalu.

Jika perjuangan kebebasan mengambil Magna Carta (Piagam Perdana) sebagai satu rujukan penting, harus disedari di dalamnya juga ada keterangan mengenai soal perdagangan: All merchants may enter or leave England unharmed and without fear, and may stay or travel within it, by land or water, for purposes of trade, free from all illegal exactions, in accordance with ancient and lawful customs. (41) ?

Malah, rantau Asia Tenggara sendiri dikenali sebagai suvarnabhumi (tanah emas) kerana kekayaannya sehingga menarik kedatangan pedagang luar, meskipun mod pengangkutan pada zaman itu masih terhad untuk perjalanan jauh.

Duarte Barbosa yang mengikut Ferdinand Magellan ke Melaka merekodkan kira-kira 2,000 kapal berlabuh di Selat Melaka untuk urusan perdagangan. Pada waktu itu, menurut beliau, siapa yang menguasai Melaka, merekalah menguasai dunia.

Sudah tentu, dalam merujuk sejarah ini, kita tidak harus melupakan ada pihak yang sentiasa mahu mendapatkan kekayaan mudah dengan cara yang salah. Namun, harus diingat, pihak ini ada sama ada wujud perdagangan terbuka atau tidak. Malah, tidak keterlaluan mengatakan perdagangan terbuka adalah jalan terbaik bagi menghalang atau meminimumkan peluang pihak ini.

Pada masa yang sama, kita juga tidak wajar mengabaikan konteks persekitaran, sistem politik dan undang-undang yang ada pada zaman lampau.

Pertumbuhan ekonomi

Manfaat sebenar TPPA ada pada penghapusan atau pengurangan kekangan kepada pasaran. Penghapusan atau pengurangan kekangan ini sebenarnya selaras dengan keperluan perdagangan terbuka, ada atau tanpa TPPA.

Kekangan terhadap pasaran mungkin dapat melindungi pasaran domestik, namun ia akan mendorong peningkatan harga barangan dan perkhidmatan serta memberikan insentif yang salah kepada pengeluar dan peniaga domestik.

Dalam Trade Enabling Index 2014 yang diterbitkan World Economic Forum (WEF), beberapa masalah utama eksport-import dan aspek daya saing Malaysia ada dinyatakan.

Antara masalah utama dalam aspek eksport ialah akses kewangan perdagangan, kos tinggi atau penundaan pengangkutan antarabangsa dan domestik, peraturan rumit di negara pembeli, rasuah di sempadan negara luar, serta teknologi dan kemahiran pengeluaran yang tidak sesuai.

Masalah dalam aspek import pula ialah infrastruktur telekomunikasi yang kurang sesuai, jenayah dan kecurian, kos tinggi atau penundaan pengangkutan domestik dan antarabangsa, rasuah di sempadan serta

Daya saing ditunjukkan melalui pelbagai unit dalam 7 indikator utama, iaitu 1) akses kepada pasaran domestik dan 2) pasaran asing, 3) kecekapan dan ketelusan pentadbiran sempadan, 4) ketersediaan serta kualiti infrastruktur pengangkutan dan 5) perkhidmatan pengangkutan, 6) ketersediaan serta penggunaan teknologi maklumat dan 7) persekitaran operasi (perdagangan).

Malayasia disenarai mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam pelbagai aspek. Di samping perlu menambah baik aspek kekurangan, kita tidak boleh lekas berpuas hati dengan apa yang dinyatakan sebagai kelebihan. Jika kita mahu menandatangani TPPA, maka komitmen untuk menambah baik semua aspek ini mesti disegerakan.

Pertama kali disiarkan di The Malaysian Insider pada 20 Oktober 2015.

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s