Mengenai LEAD | About LEAD

Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) ialah sebuah badan pemikir yang baru ditubuhkan untuk mempromosi alternatif penyelesaian dasar dan amalan kenegaraan berasaskan sistem pasaran. Sistem pasaran yang dimaksudkan ialah berteraskan prinsip-prinsip berikut:

1) Ketinggian perlembagaan dan undang-undang

Tujuan perlembagaan dan undang-undang ialah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, bukan sebaliknya. Ia mesti menggariskan dan menjamin amalan semak dan imbang bagi mengelak salah guna kuasa oleh pihak berkuasa. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan mesti menjadi punca kepada semua undang-undang yang ingin diwujudkan. Tidak ada sebarang institusi, apatah lagi individu atau kumpulan individu, boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan.

2) Urustadbir kerajaan yang terbuka dan cekap

Sumber legitimasi kepada kerajaan ialah orang ramai melalui sistem pilihan raya yang bebas dan adil. Justeru, kerajaan perlu bertanggungjawab terus kepada orang ramai. Kerajaan perlu membentuk satu persekitaran terbuka di mana orang ramai berpeluang menjadi elemen semak dan imbang dan menentukan sama ada legitimasi yang diberikan telah digunakan secara cekap atau tidak. Kerajaan tidak wajar menggunakan kuasanya untuk melindungi atau menghadkan peluang untuk proses semak dan imbang dilakukan secara terbuka bagi membuktikan kecekapannya.

3) Kuasa ekonomi kepada orang ramai

Kuasa ekonomi orang ramai bermaksud penegakan hak pemilikan persendirian di mana urusan pindah milik hanya dibenarkan berlaku secara sukarela antara pihak-pihak yang terlibat atau wakil sah masing-masing. Sumber ekonomi kerajaan sebenarnya datang daripada orang ramai. Semakin banyak campur tangan tidak perlu oleh kerajaan dalam ekonomi, semakin kuasa ekonomi orang ramai terjejas. Kuasa ekonomi orang ramai juga boleh terjejas melalui penipuan, monopoli, kartel, cukai dan kekangan dalam perdagangan terbuka.

4) Imbangan kebebasan dan tanggungjawab individu 

Masyarakat tidak seragam. Bagaimanapun, masing-masing dilahirkan dengan nyawa, kehormatan diri, keupayaan berfikir, bersuara, percaya dan bertindak. Ini adalah hak yang tidak wajar dirampas atau dijejaskan oleh mana-mana pihak secara wewenang. Justeru, kebebasan asasi dalam masyarakat perlu dijamin. Kebebasan ini juga mesti digunakan dengan penuh tanggungjawab di mana sekiranya ia digunakan untuk menjejaskan hak yang sama kepada individu atau kumpulan individu yang lain, ia perlu ditangani dengan ketinggian perlembagaan dan undang-undang serta budi bicara akhlak.

Untuk mempromosi prinsip-prinsip ini, LEAD akan menganjuran seminar, latihan dan diskusi kelompok serta menjalankan penyelidikan, penterjemahan dan penulisan buku serta artikel berkaitannya. Fokus isu yang akan diberikan oleh LEAD ialah berkaitan perpaduan, kelestarian dan demokrasi.

About LEAD

Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) is a new think tank established to promote the alternative policies and nationhood practice based on market system. As such, the market system should consist of following principles

Rule of Law

The purpose of the constitution and law is to create a fair form of government and not vice versa. It must outline and guarantee the practice of check and balance to prevent the abuse of power by authorities. The constitution is the supreme law of the country and must be the sources of all laws to be created. There is no institution not to mention individual or group of individuals can overcome the power and the constitution.

Open and Efficient Government

The source of legitimacy for the government is the people through free and fair election. Therefore, the government should be responsible directly to the people. The government should establish an open environment whereby people have the opportunity to be an element of check and balance and to determine whether a given legitimacy has been used efficiently or not. The government should not use its power to protect or limit the opportunity for appropriate checks and balances performed publicly in order to prove its efficiency.

Economic Power to the People

The economic power to the people means the enforcement of private property right where transaction affairs can only occur on a voluntary basis between the parties involved or their representatives. The economic power source of government comes from the people itself. An increasing unnecessary intervention by the government, the economic power of the people affected. The economic power of the people can also be affected by fraud, monopolies, cartels, taxation and constraint to free trade.

Human dignity

Society is not uniform. Nevertheless, each born with life, self-respect, ability to think, speak, believe and act. This is human dignity, rights that should not be taken away or compromised by anyone. Thus, these fundamental freedom must be guaranteed. These freedom must be used responsibly in which case it is used to affect the same rights to an individual or group of individuals, it must be dealt with rule of law and moral discretion.

To promote these principles, LEAD will organize seminars, training and discussion groups as well as conducting research, translation and writing books and related articles. 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s