eMajalah MERDEKA

MERDEKA #1 TPPA : Wajarkah Malaysia Terlibat? Keluaran pertama MERDEKA ini memberi perhatian khusus kepada TPPA dengan menghimpunkan sejumlah perspektif daripada beberapa pihak – pemain industri, ahli akademik dan anggota badan pemikir tempatan – yang melihat TPPA secara positif dan mempunyai manfaat kepada negara dan rakyat seluruhnya.

Onn Jaafar, Perjuangannya dan Sejarah Kita

Oleh Amin Ahmad Tanggal 19 Januari seharusnya mengingatkan kita kepada seorang tokoh penting dalam sejarah moden Malaysia – Dato’ Onn Jaafar. Pada tarikh ini, 54 tahun lalu, beliau meninggal dunia pada usia 67 tahun, membawa bersama perjuangan yang belum selesai. Nama beliau mungkin sudah kurang diperkatakan ramai tetapi sumbangannya tidak harus dilupakan. Memahami pemikiran beliau…

Ada Apa Pula Dengan Kota Raya?

Oleh Amin Ahmad Selepas Lowyat, kini Kota Raya pula. Meskipun ada yang melihat, malah ada yang mahu ia menjadi satu lagi ketegangan kaum, ia ternyata berbeza. Wajar isu sebenar ditegaskan dan tidak membiarkannya dialih. Ia sekurang-kurangnya mendedahkan kita kepada beberapa aspek ekonomi politik yang penting. Ekonomi pasaran Dalam ekonomi, kebebasan pasaran diakui sebagai faktor penting…

Impian Sukar COP21

Oleh Amin Ahmad Sidang Kemuncak Iklim 2015 (COP21) yang diadakan di Paris, Perancis berlangsung hangat. Namun, tidak pasti berapa ramai yang merasainya di Malaysia. Ini bukanlah persidangan pertama berkaitan iklim. Ia telah berlangsung sejak sekian lama. Setiap kali menjelang persidangan, pemimpin pelbagai negara akan membuat pengumuman tentang komitmen yang bakal diberikan. Sebagaimana persidangan terdahulu, salah…