Menangani Defisit dan Hutang Negara

Sejak tahun 1970 hingga 2013, Malaysia telah mengalami defisit belanjawan sebanyak 41 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak tahun 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara telah meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada tahun 2013. Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2013/2014, hutang domestik negara berada…

Kebebasan Media Penting Untuk Demokrasi

Media mempunyai pengaruh besar dalam mencorakkan dasar kerajaan dan juga pemikiran masyarakat. Ia membolehkan sesiapa yang memegang kuasa dan jawatan awam dinilai dan dipertanggungjawabkan. Ia menyediakan maklumat untuk orang ramai membuat keputusan serta menjadi medium perhubungan pelbagai pihak untuk pelbagai tujuan. Oleh kerana itu, media sering dipuji dan dikeji dalam banyak aspek kehidupan bernegara. Media…

Peletakan Jawatan Wakil Rakyat dan Pilihan Raya Kecil: LEAD Gesa Pindaan Perundangan Dibuat

1)         LEAD perihatin dengan perkembangan semasa dalam politik Malaysia iaitu peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Negeri Kajang sekaligus membuka laluan untuk satu pilihan raya kecil. Perkembangan ini telah menimbulkan rasa kurang senang dan pertikaian ramai kerana asas peletakan jawatan tersebut yang tidak boleh diterima di samping kos pengendalian pilihan raya yang tidak…