Cadangan Dasar 1 | Pindaan Mengenai Pilihan Raya Kecil

muka depan Cadangan Dasar 1Sejak pembentukan Malaysia, banyak pilihan raya kecil telah diadakan dari semasa ke semasa. Terkini, sejak pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan kerana pelbagai sebab dan selepas pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013, telah berlangsung 3 pilihan raya kecil. Sebahagian sebab-sebab ini tidak boleh dielakkan tetapi terdapat beberapa sebab yang sukar dijustifikasikan kerana ia melibatkan penggunaan dana awam yang besar.

LEAD berpendapat ini menunjukkan wujud keperluan undang-undang berkaitan disemak dan ditambah baik. Meskipun kebenaran seseorang yang dipilih secara sah sebagai ahli Dewan meletakkan jawatan wajar dikekalkan, tetapi undang-undang mesti diketatkan. Beberapa persoalan penting yang perlu ditangani dalam pindaan perundangan ialah:

Denda atau hukuman untuk peletakan jawatan tanpa asas kukuh

  • Bekas ahli Dewan tersebut dan parti yang diwakilinya perlu menanggung sebahagian kos pelaksanaan pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan. Formula yang sesuai perlu ditentukan misalnya baki tempoh jawatan masih sah.
  • Sekiranya bekas ahli Dewan tersebut gagal membayar denda yang dikenakan, maka beliau wajar didakwa pecah amanah, dibicarakan dengan risiko dikenakan hukuman penjara selama tempoh tertentu dan denda pada kadar yang munasabah di samping tidak dibenarkan bertanding di mana-mana kerusi Dewan selama 10 tahun.
  • Sekiranya parti politik yang diwakili bekas ahli Dewan tersebut gagal membayar denda yang dikenakan, parti tersebut mesti digantung daripada bertanding di kawasan khusus itu untuk tempoh 5 tahun bermula daripada tarikh kekosongan.
  • Bagi seseorang ahli Dewan yang bertukar parti selepas dipilih, atau mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas di Dewan, satu pilihan raya kecil baru perlu diadakan di mana mereka dibenarkan bertanding. Individu berkenaan dan parti barunya, secara bersama  perlu menanggung sepenuhnya kos bagi pelaksanaan pilihan raya kecil.
  • Jika mereka gagal berbuat demikian, peruntukan kegagalan membayar denda seperti di atas perlu dikenakan.

Muat turun Cadangan Dasar 1 – Pindaan Mengenai Pilihan Raya Kecil

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s