Cadangan Dasar 2 | Keperluan Meningkatkan Kebebasan Media di Malaysia

Cadangan Dasar 2 - Kebebasan MediaMedia mempunyai pengaruh besar dalam mencorakkan dasar kerajaan dan juga pemikiran masyarakat. Ia membolehkan sesiapa yang memegang kuasa dan jawatan awam dinilai dan dipertanggungjawabkan. Ia menyediakan maklumat untuk orang ramai membuat keputusan serta menjadi medium perhubungan pelbagai pihak untuk pelbagai tujuan.

Oleh kerana itu, media sering dipuji dan dikeji dalam banyak aspek kehidupan bernegara. Media seringkali dituduh ‘membahayakan keselamatan negara’, ‘terlalu memberi fokus kepada perkara negatif’, ‘memberitakan sesuatu secara tidak adil atau memihak kepada pihak tertentu’ dan sebagainya. Pada masa yang sama, ahli politik dan orang ramai juga mahu media memberitakan sudut pandang mereka, atau mengawal media. Segala tuduhan serta  cubaan mempengaruhi ini jelas menunjukkan kepentingan kebebasan dan tanggungjawab media.

Antara jenis ancaman kepada kebebasan wartawan dan media ialah: 1) Undang-undang dan peraturan, 2) ancaman, 3) saman, 4) pemilikan media dan 5) penapisan.

Media di Malaysia dikategorikan sebagai tidak bebas. Terbaru, pada lewat tahun lalu kerajaan menggantung penerbitan akhbar berbahasa Inggeris, The Heat. Kemudian, permit penerbitan akhbar kepada FZ Daily ditarik balik.

LEAD percaya beberapa perubahan perlu dibuat untuk membolehkan dasar mentransformasi kerajaan dan liberalisasi ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya.

Tingkatkan Kebebasan Media

  • Perlembagaan dan undang-undang tidak sepatutnya menghadkan kandungan media kerana faktor sensitiviti atau keistimewaan kedudukan. Semua pihak sepatutnya tidak boleh mengatasi perlembagaan dan undang-undang.
  • Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) yang membenarkan akses kepada maklumat rasmi perlu digubal. Ia dapat mengurangkan fitnah di samping memberi peluang untuk orang ramai membetulkan sebarang salah faham.
  • Pemberi maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa mesti dilindungi daripada sebarang bentuk tekanan atau ancaman. Ini tidak termasuk salah laku fitnah (selepas Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) digubal).
  • Kawalan terhadap media tidak boleh dibuat secara arbitrari. Syarat permohonan permit penerbitan media perlu dihapuskan.
  • Setiap media hanya perlu dikenakan syarat minima iaitu menyatakan nama penerbit dan pihak yang bertanggungjawab bagi sesuatu tulisan atau gambar yang diterbitkan.
  • Penaja atau pemberi sumbangan kepada media mesti dilindungi daripada sebarang bentuk tekanan atau ancaman.
  • Kerajaan, mahkamah, peguam negara dan ahli politik perlu menggalakkan kebebasan media secara bertanggungjawab dalam penerbitan dan kenyataan mereka dan bukan lebih banyak bercakap mengenai salah guna kebebasan media. Komitmen ini mestilah ditunjukkan dalam kebenaran untuk wartawan menjalankan tugas untuk melapor.
  • Media mesti memberi hak untuk menjawab atau menjelaskan kepada pihak-pihak yang terdakwa atau didakwa dalam laporannya.
  • Media mesti membetulkan dengan segera kesilapan selepas diakui atau/dan terbukti laporan sebelumnya salah.

Muat turun Cadangan Dasar 2 – Tingkatkan Kebebasan Media di Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s